fbpx

Tujuh ‘scammer’ tempatan diberkas di Muar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan sindiket 'calling centre' penipuan pelaburan tidak wujud dan judi atas talian yang tumpas dalam Op Pelican di sekitar daerah Muar.

MUAR – Seramai tujuh ahli sindiket ‘calling centre’ penipuan pelaburan tidak wujud dan judi atas talian tumpas dalam Op Pelican di sekitar daerah Muar semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Assisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, tangkapan di buat oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira pukul 8.45 pagi.

Beliau berkata, tujuh warga tempatan melibatkan empat orang lelaki dan tiga orang wanita berumur di antara 21 sehingga 37 tahun.

“Tangkapan dilakukan di dua lokasi berbeza di kawasan perumahan sekitar Muar dan sindiket ini juga dipercayai telah beroperasi kira-kira satu bulan di sekitar daerah ini.

“Siasatan mendapati kesemua suspek akan diberikan komisen bagi setiap pertaruhan judi atas talian (online) yang dibuat dan menyasarkan mangsa warga tempatan.

“Hasil pemeriksaan pihak polis telah berjaya merampas beberapa peralatan yang digunakan oleh sindiket penipuan berkenaan seperti tujuh set komputer pelbagai jenama, 25 buah telefon bimbit pelbagai jenama, satu alat kawalan jauh dan sebuah kereta jenis Toyota Vios,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI