fbpx

Tiada eleman rasuah projek RTB, tuduhan jahat – Nik Nazmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menafikan terdapat elemen rasuah berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan oleh kementerian itu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard adalah sangat tidak berasas menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan.

Katanya, fitnah bahawa projek RTB yang mencecah sehingga RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepadanya merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.

“Ia bukan kali pertama Chegubard datang dengan tuduhan liar dan tidak berasas.

“Beliau sudah beberapa kali kalah saman kerana terbukti memfitnah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan telah menilai semula cadangan-cadangan projek RTB berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion bukan RM16.6 bilion.

“Hampir kesemua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender, dan untuk tahun ini 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).

“Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure).

“Selain itu, projek RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan yang mana saya sendiri tidak terlibat,” ujarnya.

Nik Nazmi berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap Chegubard dalam masa terdekat.

Semalam media melaporkan, Chegubard menggesa siasatan dijalankan berhubung dakwaan kes rasuah rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

Menurutnya, difahamkan syarikat guaman di Klang dan Batang Kali, Selangor juga terlibat dalam perjanjian projek tebatan banjir ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI