fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh lori rosak di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang terbabit dalam kemalangan maut penunggang motosikal di Persiasaran Jati, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut apabila kenderaan ditunggangnya melanggar sebuah lori rosak di bahu jalan di Persiaran Jati, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 2.03 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 48 tahun menunggang motosikal jenis Honda Wave dari rumahnya di Jalan Raja Laut menghala Kepong untuk ke tempat kerja.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar belakang sebuah lori berhenti di lorong kiri jalan akinat mengalami kerosakan.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat rempuham itu telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut M Hussin, kes disiasat di bawah Sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, kepada sesiapa yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk memberikan maklumat berhubung kes ini.

“Orang ramai juga boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam@Siva Muniandy di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Menurutnya, serta memohon semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kemalangan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI