fbpx

Orang Asli takut terlanggar harimau, gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gelap di Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Sangwai, Pos Brooke, Gua Musang pada waktu malam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan Tanah Tinggi Lojing, di sini memohon pihak berwajib menambah lampu jalan di Jalan Gua Musang-Lojing bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di situ.

Ia juga bagi menghindarkan daripada kemalangan melibatkan binatang buas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel, Atan Alang, 42, berkata, penambahan bilangan lampu jalan itu untuk keselamatan pengguna jalan raya memandangkan beberapa kes kemalangan maut telah berlaku di laluan tersebut.

Katanya, Jalan Gua Musang-Lojing merupakan laluan utama kira-kira 5,000 penduduk Orang Asli Orang Asli yang tinggal di sekitar Tanah Tinggi Lojing se­perti Pos Blau, Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel.

“Lampu jalan merupakan ke­perluan penting kerana haiwan liar seperti harimau dan gajah berkemungkinan akan keluar pada waktu malam.

“Kami berharap pihak berwajib dapat menambah bilangan lampu kerana keadaan Jalan Gua Musang-Lojing sangat gelap pada waktu malam,” katanya.

Tambah Atan, disebabkan tiada lampu jalan, Orang Asli terpaksa mengeluarkan kos sendiri untuk membeli lampu suluh dan mengehadkan aktiviti di luar rumah sehingga pukul 10 malam.

Seorang lagi penduduk Orang Asli, Rasid Akoh, 57, berkata, dia juga berharap agar kerajaan atau agensi berkaitan dapat menambah lampu jalan kerana mengancam keselamatan
pengguna terutama ibu bapa Orang Asli yang menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, mereka terpaksa keluar seawal pukul 6.30 pagi bagi menghantar anak ke sekolah.

“Lampu jalan perlu ditambah untuk kemudahan dan keselamatan pengguna pada waktu puncak atau hujung minggu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI