fbpx

Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor sehingga Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap empat negeri berkuat kuasa hari ini sehingga 25 Disember ini.

Menurut MetMalaysia melalui satu kenyataan di Facebook, antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” jelasnya.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada pagi ini MetMalaysia meramalkan negeri Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor dilanda hujan dan ribut petir.

“Di Sabah pula melibatkan Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan, Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” katanya.

Sementara itu, bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak pula diramal tiada hujan bakal berlaku.

Tambah MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI