fbpx

Ejen insurans rugi RM300,000 dijerat Eva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Seorang ejen insurans berusia 46 tahun berputih mata apabila kerugian RM333,600 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi ‘Bain Online’.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan bermula pada 15 Oktober lalu selepas lelaki itu berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Eva di sebuah medan selera di Taman Canning.

“Bagi tempoh 19 Oktober sehingga 12 Disember lalu, mangsa dari Taman Pari itu telah memasukkan dana sebanyak 12 kali ke lima akaun bank berlainan berjumlah RM333,600.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas dia dikehendaki membuat bayaran komisyen sebanyak RM57,400 jika mahu mengeluarkan wang keuntungan pelaburan. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI