fbpx

Che Ta nafi manjakan anak, hanya buat kerja seorang ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE TA

PETALING JAYA – “Bukan manjakan anak-anak.”

Demikian respons pelakon Rozita Che Wan selepas tindakannya mengemas dan menyusun atur pakaian percutian anak-anak lelakinya meraih pelbagai reaksi daripada netizen.

Bukan sekadar pujian, dia yang mesra disapa sebagai Che Ta turut ditegur agar tidak berterusan melakukan hal sedemikian kerana bimbang akan memanjakan anak lelakinya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Tegas Che Ta atau nama penuhnya Rozita Abu Bakar, 50, dia hanya sekadar melakukan rutin biasa sebagai seorang ibu dan pastinya ingin memastikan anak-anaknya memakai pakaian yang sesuai dan selesa ketika bercuti.

“Hanya disebabkan mengemas dan menyusun pakaian percutian anak-anak, ada yang cakap saya manjakan mereka serta akan sukar untuk mendapatkan menantu.

“Tak baik, bukan manjakan tetapi kaum ibu lain pasti nak lakukannya juga cuma tidak berkesempatan atau mungkin tiada masa,” katanya dalam sebuah video.

Tambah isteri kepada aktor Zain Saidin itu, dia juga meminta orang ramai berhenti melemparkan dakwaan dia sengaja menayang pakaian dan barangan jenama mewah dimiliki anak-anaknya.

“Ada yang kata saya nak menunjuk jenama mewah. Nauzubillah tiada niat pun.

“Ramai yang meminta saya tunjuk bagaimana cara mengemas baju. Jangan dilihat jenama-jenama mewah itu,” katanya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, dia dilihat menyusun baju-baju yang akan dipakai mengikut hari dan warna.

Dia juga turut mencetak gambar memaparkan cara pemakaian yang betul untuk rujukan anak-anaknya.

Difahamkan, Che Ta mengemas beg pakaian tersebut untuk Ammar dan Aniq yang akan bercuti selama lima hari ke Bangkok, Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI