fbpx

Bayi empat bulan maut dipercayai tersedak susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bayi berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa lalu, mangsa dikenali sebagai Mikhael Mazlan didapati tidak sedarkan diri akibat tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kematian mangsa disahkan oleh doktor perubatan Hospital Putrajaya yang juga pengadu.

Beliau berkata, ketika pasukan perubatan tiba di rumah pengasuh pagi Selasa lalu, mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 40 minit selepas didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian di bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Doktor memaklumkan jantung mangsa kembali normal ketika dirawat di hospital namun, masih memerlukan bantuan pernafasan.

“Malah, doktor memaklumkan mangsa juga akan di bawa ke Tunku Azizah Hospital (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI