fbpx

Amaran angin kencang laut bergelora hingga 25 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di beberapa kawasan perkapalan sehingga 25 Disember ini.

Menurut MetMalaysia melalui kenyataan di laman Facebook, amaran kategori ketiga dengan angin kencang berkelajuan 60 kilometer sejam (kmsj) dan ombak sehingga 4.5 meter (m) diramal berlaku di kawasan perairan Selatan Condore dan Barat Laut Reef North.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 m dijangka di kawasan perairan Tioman, Utara Bunguran, Timur Laut dan Barat Daya Reef North, Layang-Layang serta Barat Palawan.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Tenggara Samui, Selatan Bunguran, Tenggara Reef North, Reef South, Labuan dan Timur Palawan,” jelasnya.

Bagi kawasan perairan negara, amaran kategori pertama dengan angin kencang berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 m dijangka berlaku di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 25 Disember ini.

Tambahnya, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah (Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Pahang (Bentong dan Temerloh) dan seluruh kawasan di Selangor sehingga pukul 4 petang ini.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir juga dilaporkan melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI