fbpx

Silap hantar kaki manusia untuk kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kaki ditemui di sebuah kilang kitar semula di Chonburi semalam. - Foto ANN/The Nation

BANGKOK  – Beberapa pekerja di sebuah kilang kitar semula di daerah Si Racha, Chonburi, Thailand menemui dua kaki manusia yang reput setelah ia dihantar dari Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita The Nation semalam.

Kedua-dua kaki itu ditemui dalam penghantaran kertas kadbod kitar semula.

Balai Polis Si Racha telah dimaklumkan mengenai penemuan mengerikan itu pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Polis bergegas ke tempat kejadian bersama pegawai-pegawai dari Yayasan Piew Yiew Thai Si Racha.

Anggota-anggota polis  memeriksa kedua-dua kaki manusia itu dengan salah satunya masih tersarung kasut sniker hitam.

Pekerja-pekerja itu membuat penemuan yang mengerikan itu semasa mereka menyusun kertas.

Kaki tersebut dihantar ke Institut Sains Forensik di Hospital Polis untuk pemeriksaan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI