fbpx

Muhammad Saharuddin hilang, kali terakhir dilihat di Damansara Damai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Saharuddin yang didakwa kali terakhir dilihat di rumah beralamat di Apartment Harmoni, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, di sini sebelum hilang.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, Muhammad Saharuddin Mat, 29, didakwa kali terakhir dilihat di rumah beralamat di Apartment Harmoni, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, di sini.

“Orang Hilang (OH) itu berkulit sawo matang dan kali terakhir dilihat di rumahnya pada 11.30 pagi.

“Fizikalnya kurus, tinggi, berambut pendek berwarna hitam dan memakai seluar panjang hitam serta baju-t biru ketika keluar dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut M Hussin, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966222,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI