fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Pengarah JSJ tinjau Apartmen Idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai. - Foto oleh FARIZ RUSADIO /KOSMO!

PETALING JAYA – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini, dilihat turun ke lokasi Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, hari ini.

Beliau difahamkan tiba di blok R kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi, bagi menjalankan tinjauan sekitar kediaman kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berdekatan.

Memasuki hari ke-14, polis masih meneruskan pencarian bahan bukti serta maklumat lain bagi menjejaki pembunuh kejam kanak-kanak terbabit.

Menurut Shuhaily, segala perkembangan mengenai Zayn Rayyan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Tiada kenyataan daripada saya, semua maklumat perlu rujuk Ketua Polis Selangor,” ujarnya ringkas.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kematian Zayn Rayyan yang mayatnya ditemui 6 Disember lalu, di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.

Hussein ketika dihubungi mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Jelasnya, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI