fbpx

Ibu, anak 4 tahun maut Perodua Viva dinaiki dilanggar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan kereta Perodua Viva yang dinaiki dua beranak yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20 Jalan Nitar - Mersing, Mersing pagi tadi.

MERSING – Dua beranak maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah lori di Kilometer 20 Jalan Nitar – Mersing pagi hari ini.

Mangsa maut dikenali sebagai Zubaidah Zakaria, 32 merupakan pemandu Perodua Viva dan anaknya Uwais Rayyan Mohamad, 4.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihak polis menerima maklumat kemalangan itu dari orang awam pada pukul 8 pagi.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu oleh seorang wanita berumur 32 tahun dari arah Felda Nitar hendak menuju ke Bandar Mersing telah hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing sebelum dilanggar oleh sebuah lori dari arah yang sama.

“Akibat kemalangan ini, pemandu kereta bersama anak lelakinya berumur 4 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata seramai 15 anggota dari BBP Mersing dan Endau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI