fbpx

Bawa 105kg ganja guna bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala (tengah) menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kelicikan sindiket dadah menggunakan bas ekspres sebagai medium penghantaran berjaya dibongkar menerusi penangkapan empat individu di tepi jalan Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam operasi pukul 11.15 malam itu turut merampas keseluruhan 115.77 kilogram (kg) ganja bernilai kira-kira RM358,899 dengan kesemua suspek ditahan berusia 32 hingga 54 tahun.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, siasatan awal mendapati kumpulan suspek itu aktif sejak tiga bulan lalu dengan dadah itu diperoleh daripada utara Semenanjung untuk dijual di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap sebuah kereta jenis Nissan Almera dinaiki antara suspek terlibat telah menemui sebuah kotak berisi 10 ketulan mampat daun kering disyaki dadah ganja seberat 10.39 kg.

“Salah seorang suspek telah membawa polis ke sebuah bas ekspres yang diletakkan berhampiran dengan menjumpai lima lagi kotak berisi 20 ketulan mampat dadah jenis sama seberat 105.38 kg.

“Soal siasat polis mendapati pemandu bas terbabit berperanan sebagai transporter bagi membawa dadah itu dari utara semenanjung dengan bayaran upah RM200,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM1,100 dengan semakan mendapati dua lagi suspek merupakan peniaga katering manakala seorang penganggur.

Tegas Sasikala, tiga daripada suspek terbabit turut memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Hasil saringan awal air kencing mendapati tiga suspek positif dadah ganja, syabu dan Amphetamine. Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 Disember dan disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI