fbpx

Abdul Rashid Hussain Pengerusi TH baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid

PETALING JAYA – Pengasas Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman berkata, pihaknya mengalu-alukan pelantikan itu dan bersyukur kerana menerima tokoh yang dihormati dan berpengalaman khususnya dalam bidang perniagaan.

Beliau berkata, Abdul Rashid merupakan pengasas Kumpulan RHB, salah sebuah kumpulan perbankan terbesar negara.

“Kami yakin usaha untuk memperkukuhkan TH akan diteruskan dengan pengalaman dan kepimpinan beliau.

“Pelantikan Tan Sri Abdul Rashid Hussain juga diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus yang baik seiring dengan mandat penubuhannya untuk memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI