fbpx

[VIDEO] Selamba redah banjir, pikap penuh air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi selamba pemuda memandu kenderaan pikap meskipun air telah memenuhi ruang kabinnya.

PETALING JAYA – Aksi selamba beberapa pemuda mengharung air banjir dengan sebuah kenderaan pikap mengundang pertanyaan orang ramai.

Ini kerana, walaupun air telah memenuhi ruang kabin kenderaan terbabit, namun kelihatan pemandu masih tenang memandu sedangkan air dalam kenderaan itu telah mencecah paras dadanya.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok, aksi tersebut dirakam oleh seorang pengguna laman itu sewaktu mengharungi banjir di Kelantan, baru-baru ini.

‘Bot pun boleh, kereta pun boleh,” tulis individu tersebut.

Berdasarkan klip video itu, mereka meredah banjir di sebuah perkampungan yang ditenggelami banjir, namun tidak nyatakan dengan tepat tarikh dan lokasi sebenar kejadian itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna kagum dengan kenderaan dinaiki pemuda itu dan timbul pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

“Tak rosak ke kereta tu?,”soal @rafiah.

“Tak kena renjatan elektrik ke? Serius tanya,”ujar @Nur Shafira Atika.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @JomSupportAff.

“Ini baru betul basuh kereta luar dan dalam,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

@hafizz_5521 Bot pom boleh keto pom boleh🚤🚘🤣🤣 #banjir2023 #kelateniboss ♬ original sound – AnokKlate

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI