fbpx

Tengkorak manusia ditemui di tepi parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota dari unit forensik, IPD Sibu memeriksa tengkorak manusia yang ditemui di tepi parit di Jalan Bukit Assek, Sibu, hari ini.

SIBU – Sekumpulan pekerja kontraktor Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang sedang mencuci parit di Jalan Bukit Assek, di sini dikejutkan dengan penemuan tengkorak manusia di tepi parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan tengkorak itu kira-kira pukul 1.50 petang semalam.

“Semasa pekerja kontraktor MPS mencuci parit di Jalan Bukit Assek, mereka telah menjumpai tengkorak dipercayai tengkorak manusia di tepi parit itu,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata sepasukan anggota polis dari unit forensik IPD Sibu telah pergi ke tempat penemuan tengkorak itu kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk menjalankan siasatan.

Zulkipli berkata tengkorak itu kemudian dibawa ke bilik mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI