fbpx

Perompak ‘garu kepala’ kereta dilarikan pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis tiba di lokasi kejadian ketika kumpulan perompak belum sempat melarikan diri. – Jabatan Polis Bandar Commerce

DENVER, COLORADO – Tiga penjenayah bersenjatakan pistol yang merompak sebuah premis tunai cek diberkas polis akibat gagal melarikan diri selepas kereta digunakan mereka dilarikan pencuri, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Polis Bandar Commerce, Colorado dalam satu kenyataan berkata, kejadian pada Sabtu lalu itu berlaku apabila tiga perompak berkenaan cuba merompak perniagaan Tunai Cek Hi Lo.

“Ketika mereka sedang melakukan rompakan, seorang penjenayah lain mencuri kenderaan mereka di luar premis.

“Namun, sebelum sempat kumpulan perompak itu melarikan diri tanpa kenderaan, polis tiba di lokasi kejadian dan menahan kesemua mereka,” kata polis.

Tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI