fbpx

DBKL fokus isu pembangunan, sosioekonomi dalam belanjawan akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha ketika menghadiri Majlis Sambutan Selamat Datang dan Sesi Taklimat di Menara DBKL 1, di sini hari ini. Foto oleh IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan datang bakal memfokuskan pada isu-isu pembangunan, sosioekonomi dan kelestarian bandar, bertepatan dengan konsep Kerajaan Madani.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, antara perkara-perkara yang akan dititikberatkan ialah isu-isu kemiskinan bandar, miskin tegar dan penjaja kecil.

“Bidang tugas penting yang digalas oleh DBKL adalah untuk memastikan program-program pembangunan, sosioekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan di sini berjalan secara terancang, selaras dengan apa yang digariskan oleh kerajaan.

“Saya juga berharap agar DBKL sentiasa mengamalkan tanggungjawab yang diamanahkan. Bagaimanapun, pada masa hadapan, sudah tentu kami mengharapkan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang sedia ada,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Selamat Datang dan Sesi Taklimat di Menara DBKL 1, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Zaliha tidak menafikan wujudnya defisit dalam belanjawan yang dibentangkan sebelum ini.

“Pada taklimat hari ini, saya melihat terdapatnya defisit pada perbelanjaan tahun 2024. Oleh itu, kami akan beri lebih penekanan untuk tingkatkan hasil bagi DBKL supaya masalah ini dapat diatasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI