fbpx

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk pulang ke rumah dari PPS setelah banjir semakin surut di Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu selama enam hari sejak
14 Disember lalu pulih sepenuhnya hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Marang menjadi daerah terakhir bebas daripada banjir sebentar tadi.

“Satu-satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Marang ditutup secara rasmi pada pukul 1 tengah hari tadi.

“Kesemua 20 mangsa daripada empat keluarga yang berada di PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, sebelum ini, seramai 44 mangsa banjir di Dungun dan Setiu telah pulang ke rumah mereka secara berperingkat pada pukul 10 pagi.

Banjir gelombang kedua telah melanda di enam daerah di negeri ini kecuali Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Ia menjejaskan lebih 1,200 mangsa di Hulu Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Kemaman dan Marang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI