fbpx

Tiada keperluan adakan PKP buat masa ini- Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai hasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan kes Covid-19 buat masa ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya mengakui bahawa wujudkan peningkatan kes dalam negara dan berharap agar situasi ketika ini boleh dilalui tanpa sebarang sekatan yang berlaku sebelum ini.

“Ada bertanya, jadi kita jelaskan tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP.

“Jadi, bagi hadapi lonjakan kes, KKM menetapkan lima strategi kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan kes Covid-19 seperti pengesanan awal melalui sistem Amaran Awal atau Heightened Alert System (HAS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI