fbpx

Sidang akhbar khas Covid-19 pukul 4 petang ini – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung status terkini Covid-19 pada pukul 4 petang nanti.

Sidang akhbar khas itu akan dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Ketika ini, kes Covid-19 di Malaysia dilaporkan terus mencatatkan peningkatan di mana sebanyak 28,375 kes aktif direkodkan selain 39,015 kes import dicatatkan sejak 10 hingga 16 Disember 2023.

Bilangan pesakit yang menjalani kuarantin di rumah pula seramai 27,689 orang.

Selain itu, pesakit yang memerlukan rawatan di hospital ialah sebanyak 664 orang dan daripada jumlah itu, seramai lapan individu ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 14 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI