fbpx

Seorang maut, empat cedera gara-gara penutup longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengangkat salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

SABAK BERNAM – Perjalanan pulang lima sekeluarga bertukar tragedi apabila kereta dinaiki terbabas dan melanggar penutup longkang sehingga menyebabkan seorang daripada mereka maut di Sungai Nibong, Sekinchan, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.58 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Sungai Bera menuju ke rumah mereka di sekitar daerah ini. Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Saga yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar struktur penutup longkang simen.

“Kemalangan itu melibatkan lima individu iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa serta dua kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 13 tahun. Seorang wanita disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an pula tersepit di bahagian pemandu dan tiga lagi mangsa lain turut mengalami kecederaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI