fbpx

Pelajar perempuan diugut rogol, dipukul rakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Polis menyiasat kes seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang menerima ugutan rogol dan dipukul pelajar lelaki di sekolah sama, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu tular di media sosial mengenai posting perkataan rogol, bunuh bukan bahan gurauan dan ugutan ancaman di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa, kira-kira pukul 2.02 petang, Jumaat lalu.

“Mangsa yang merupakan pelajar perempuan Tingkatan Dua diugut rogol dan dipukul pada dada oleh seorang pelajar lelaki dikenalinya daripada sekolah sama dan juga sebayanya.

“Pengadu kemudian telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi kecederaan yang dialaminya.. Kita juga akan memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk dirakam percakapan,” katanya hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI