fbpx

Kes Covid-19 terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Dzulkefly.

PUTRAJAYA- Keadaan semasa kes Covid-19 di negara ini dilaporkan masih berada dalam keadaan terkawal serta tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun wujudnya peningkatan jangkitan di Malaysia ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, susulan itu, pihaknya akan terus memantau situasi Covid-19 dan varian berkaitan di dalam dan luar negara bagi mengurangkan jangkitan.

“Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan status terkini kes Covid-19 di Malaysia pada ME 50/2023 iaitu dari 10 hingga 16 Disember 2023 setakat pukul 12 tengah hari di mana sebanyak 20,696 kes dilaporkan.

“Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 62.2 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME 49/2023,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini tadi.

Dr. Dzulkefly menambah, majoriti kes dilaporkan iaitu sebanyak 97 peratus terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 151 kes dimana 96 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Kes kematian sebanyak 28 kes dengan kadar kematian 0.1 peratus. Kematian tertinggi adalah dalam kalangan kes yang berumur 60 tahun ke atas (85 peratus) dan yang mempunyai komorbiditi (93 peratus),” jelasnya.

Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web KKMNOW di https://data.moh.gov.my. Data serta dikemaskini secara mingguan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI