fbpx

Ten Hag congak nasib di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG tidak mempunyai pilihan kecuali perlu memastikan United menang ke atas Liverpool untuk meredakan tekanan. - FB MANCHESTER UNITED

PENGURUS Manchester United, Erik Ten Hag tidak ada pilihan kecuali perlu mencari magis bagi memastikan mereka mampu mencatat kemenangan di Anfield menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris tengah malam ini atau berdepan kemungkinan dipecat.

Kekalahan kepada Bournemouth dan Bayern Munich sehingga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara serta tidak layak beraksi di Liga Europa membuatkan pihak pengurusan United tidak senang duduk dan satu lagi kekalahan terutama berdepan seteru tradisi Liverpool mungkin membuatkan kesabaran mereka sukar lagi dibendung.

Bagaimanapun, tugas Ten Hag di Anfield bukanlah mudah ketika Liverpool juga sedang mencari kemenangan untuk mengekalkan penguasaan sebagai pendahulu liga, malah musim lalu mereka juga berdepan mimpi ngeri apabila dibelasah 0-7, malah rekod pertemuan menyaksikan United tewas empat kali dalam lima aksi dan hanya mampu meledak satu gol dan bolos 16 jaringan.

Aksi menentang Liverpool dianggap badi buat beberapa pengurus United sebelum ini apabila Jose Mourinho dipecat dua hari selepas United tewas kepada Liverpool 1-3 pada Disember 2018, mana Ole Gunnar Solskjaer menerima nasib yang sama selepas empat minggu menanggung kekalahan 0-5 menentang skuad kendalian Jurgen Klopp.

Masalah kecederaan pemain pastinya menjadi halangan terbesar buat Ten Hag untuk menyenaraikan kesebelasan utama terbaik pada aksi kali ini termasuk hilang khidmat ketua pasukan, Bruno Fernandes yang menjadi tonggak utama apabila dia berdepan penggantungan akibat mengumpul kad kuning.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI