fbpx

Keputusan pertuduhan berlandaskan siasatan PDRM – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin.

PETALING JAYA – Keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) menuduh pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kemalangan jalan raya membabitkan pelajar tingkatan lima di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun adalah berdasarkan bukti siasatan yang dijalankan dengan telus.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut undang-undang sedia selain dapatan yang diperoleh pegawai penyiasat.

“Keputusan ini adalah kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara dalam membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat.

“Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik serta berkredibiliti,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap pegawai kanan berkenaan, Razarudin memaklumkan tindakan tahan kerja dilaksanakan sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.

“Apa yang jadi ini diharap menjadi pengajaran buat semua warga polis agar tidak mengambil kesempatan di sebalik lencana yang dipakai mereka sehingga boleh mencemarkan nama baik pasukan,” tegasnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, pegawai kanan polis yang disyaki melanggar pelajar tingkatan lima akan dituduh di bawah Seksyen 302, di Mahkamah Majistret Ipoh, esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI