fbpx

Banjir: 80 mangsa di Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini direkodkan seramai 80 orang melibatkan 25 buah keluarga di daerah Hilir Perak setakat pukul 10 pagi tadi.

Sekretariat Jawankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir tersebut iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak di Teluk Intan.

Katanya, terdapat tujuh kawasan yang terjejas iaitu Batu 9, Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Lorong Sidang Osman, Batu 7, Batu 8 dan Lorong Imam Khairi.

Jumlah mangsa itu meningkat dari 30 orang melibatkan tujuh buah keluarga semalam, dengan hanya tidak kawasan terlibat banjir iaitu Batu 9, Lorong Kedah dan Lorong Belakang Klinik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI