fbpx

Angin kencang, laut bergelora sehingga 23 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di beberapa kawasan perairan negara hingga 23 Disember.

MetMalaysia melalui kenyataan di laman Facebook memaklumkan, amaran kategori pertama dengan angin kencang timur laut berkelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) diramal di kawasan perairan Sabah Timur.

“Selain itu, amaran kategori kedua, berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 m diramal berlaku di kawasan perairan utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan barat Palawan,” ujarnya dalam kenyataan.

“Bagi kawasan perkapalan, amaran kategori pertama dikeluarkan di kawasan perairan selatan Condore, selatan Reef North, Labuan, timur Palawan dan Sulu,” jelasnya.

Tambahnya, keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI