fbpx

[VIDEO] Seksyen 7, i-City Shah Alam dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan sekitar i-City yang dinaiki air.

PETALING JAYA – Hujan lebat sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Seksyen 7 dan i-City, Shah Alam dinaiki air.

Menerusi perkongsian oleh Zara Sofea Shah di Facebook Shah Alam Resident, keadaan berkenaan menyebabkan trafik sesak dan banyak kenderaan tersadai di kawasan sekitar pusat beli-belah i-City Mall.

“Kawasan i-City Mall air naik mendadak. Banyak kenderaan tersadai sekitar lampu isyarat tepi kondominium dan kawasan kilang,” katanya.

Dalam masa sama, Zara Sofea turut berkongsikan gambar dan video dipercayai kejadian yang berlaku di i-City dan Seksyen 7 hari ini.

“Teruk air macam sungai (i-City). Saya baru lalu nasib sempat U-turn itu pun melawan arus kawasan depan ‘food trucks’ sebab jalan sebelah air dah melimpah ruah.

“Banyak kereta arah dari Bukit Raja dan i-City menghala ke Jakel mungkin Lebuh Raya Persekutuan sebelah I-City masih banjir,” ujarnya.

Seorang pengguna lain, Fara Zein memaklumkan bahawa dia terpaksa mengelakkan laluan berkenaan ekoran air masih belum surut.

“Baru lalu. Terpaksa buat ‘U-turn’ (pusingan U),” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI