fbpx

OKU tiada tangan, pandu kereta guna kaki ke kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norfarrah Syahirah (tiga dari kanan) dan keluarga bergambar bersama Nor Hayati (dua dari kanan).

KUALA SELANGOR – Lahir tanpa kedua belah tangan dan kaki kanan sedikit pendek berbanding kaki kiri bukan alasan untuk seseorang menyerah dengan takdir.

Menurut graduan Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar yang tular kebelakangan ini kerana memandu kereta dengan kaki, Norfarrah Syahirah Shaari, 35, Orang Kelainan Upaya (OKU) bukanlah gelaran yang melemahkan dirinya tetapi menjadi cabaran untuk dia melakukan semua perkara yang dilakukan manusia normal.

“Saya memandu sendiri dengan kaki selama dua jam untuk ke kelas di UiTM Seri Iskandar dari Sungai Sumun Bagan Datuk bagi mengikuti kelas luar kampus. Alah bisa tegal biasa.

“Jika saya boleh melakukannya saya berharap golongan OKU di dalam sistem UiTM untuk tampil mendaftar dengan Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) bagi membolehkan mereka dibantu secara komprehensif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari OKU UiTM di De Palma Resort yang disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor Strategi UiTM, Prof.Ts. Dr.Nor Hayati Saad.

Norfarrah Syahirah yang mempunyai hampir 800,000 pengikut di Tik Tok dan mencatat tanda suka video lebih 8 juta berkata, sokongan keluarga iaitu ibu, Naimah Yusop,75, bapa, Shaari Othman,77 dan suami Zulfadli Sharul, 33, menjadi sumber kekuatan untuk dirinya terus membina kehidupan lebih baik.

Sementara itu Nor Hayati berkata, pihak UPO hanya menerima pendaftaran melibatkan seramai 464 OKU dalam sistem UiTM melibatkan pelajar, kakitangan dan anak kakitangan walaupun jumlah sebenar melibatkan ribuan individu yang layak. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI