fbpx

Anwar temui tiga syarikat utama Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri Jepun.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tiga syarikat utama Jepun sempena lawatan kerja beliau ke negara itu.

Menurut Anwar, tiga syarikat itu Rohm Wako Co. Ltd yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Yoshioka Yosuke; NEC Co. Ltd oleh Naib Presiden Kanan, Matsuki Toshiya dan Mitsui & Co oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenichi Hori.

“Saya maklumkan hadirin dan memberi jaminan bahawa masih ada banyak peluang yang tersedia bagi pelabur Jepun di Malaysia.

“Usai, saya juga sempat menyertai persidangan meja bulat dengan ketua-ketua industri di Tokyo dimana kesempatan itu saya singgung walaupun kerajaan Madani hanya baru berusia setahun, ia stabil dengan dasar yang sangat jelas untuk memacu pertumbuhan Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau menzahirkan penghargaan dan kagum dengan sokongan yang ditunjukkan terhadap Malaysia semasa sesi persidangan meja bulat itu yang disertai 25 syarikat pelbagai ruang lingkup perusahaan.

Kata beliau, persidangan meja bulat diatur oleh Persatuan Ekonomi Jepun Malaysia (Jameca) tersebut memberi peluang kepada ketua-ketua industri Jepun untuk berinteraksi secara langsung dengan delegasi Malaysia.

“Sayugia, lebih banyak pelaburan dijangka akan dibawa masuk lagi tahun hadapan dengan sokongan semua pihak terkait,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI