fbpx

Alyah ‘tapau’ Menahan Rindu, mantap!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH

NAMA Datin Alyah merupakan antara selebriti yang menjadi bualan hangat netizen minggu ini.

Antara satu yang menjadi bualan ramai ialah video dia menyanyikan lagu Menahan Rindu nyanyian asal Wany Hasrita.

Tanpa sebarang persediaan, Alyah mendendangkan lagu tersebut secara spontan, namun tetap meraih pujian ramai.

Lucunya, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS itu menyanyikan lagu itu dengan memakai baju renang.

“Hebatnya dia ‘tapau’ lagu Menahan Rindu, nyanyi pakai baju renang pun tetap sedap.

“Begitu sahaja dia ‘Alyahkan’ lagu Wany Hasrita,” ujar netizen.

Video tersebut seterusnya meraih lebih 740,000 tontonan dan 39,000 tanda suka dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI