PASUKAN polis menyuraikan orang ramai menggunakan meriam air di kawasan DPR dan MPR di Jakarta semalam. - ANTARA

Penunjuk perasaan gegar Jakarta, polis berkas 63 orang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis Metropolitan Jakarta menahan 63 individu yang didakwa cuba mencetuskan kekecohan semasa demonstrasi di kawasan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Senayan di Jakarta, lapor laman berita Kompas TV semalam. 

Polis turut merampas 39 senjata tajam, dua senjata airsoft, tujuh bekas berisi petrol dan 201 botol kaca bersumbu, demikian menurut media tempatan. 

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Metropolitan Jakarta, Pesuruhjaya Kanan Iman Imanuddin berkata, kumpulan itu menyebarkan khabar angin, mengumpul dana dan mencetuskan rusuhan ketika demonstrasi berlangsung di kawasan DPR dan Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR). 

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada 63 individu terbabit merupakan sebahagian daripada penunjuk perasaan yang menyuarakan bantahan mereka.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Djamari Chaniago mengesahkan pihak berkuasa akan mengawal penunjuk perasaan.

Langkah itu dibuat untuk memastikan demonstrasi berjalan secara aman, maklumat disampaikan dengan betul serta mendapat perhatian daripada anggota-anggota DPR. 

Pihak berkuasa akan menghalang mana-mana pihak luar yang boleh menjejaskan demonstrasi, katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN