fbpx

Ahli Parlimen baling bom tangan semasa mesyuarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BATRIN (tengah) meletupkan tiga bom tangan dalam mesyarat di Kampung Keretskivska semalam. - Foto X

KIEV –  Seorang anggota Parlimen Ukraine, Sergey Batrin meletupkan tiga bom tangan semasa mesyuarat tempatan di Keretskivska, dalam wilayah Transcarpathia, kata pihak berkuasa semalam.

Kejadian itu menyebabkan 26 ahli majlis tempatan cedera dengan enam daripada mereka parah, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine.

Insiden berlaku pagi semalam di sebuah bangunan di daerah Mukachevo. Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika ahli-ahli jawatankuasa berkenaan mengadakan mesyuarat  mengenai bajet 2024. 

Pasukan polis, unit bahan letupan dan detektif dikerah melakukan siasatan di tempat kejadian.

Kenyataan daripada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine mendedahkan bahawa siasatan telah dilancarkan, manakala kejadian itu dikategorikan sebagai jenayah keganasan. –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI