fbpx

Lelaki maut rempuh pokok kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kira-kira dua jam bertarung nyawa terbabit kemalangan di Jalan Felda Pasoh 2,3, di sini, malam tadi. -Foto PDRM

JEMPOL – Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kira-kira dua jam bertarung nyawa terbabit kemalangan di Jalan Felda Pasoh 2,3, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa, Ismalizam Ismail, 46, dikejarkan ke Hospital Jempol selepas dikeluarkan pasukan penyelamat dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 8.30 malam semasa mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Grand Livina dalam perjalanan dari arah Pasoh 2 menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di lokasi kemalangan, pemandu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan (arah bertentangan) sebelum melanggar sebatang pokok kelapa sawit.

“Akibat daripada kemalangan, pemandu telah mengalami kecederaan parah di kepala dan telah di bawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam ketika menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, bedah siasat akan dilakukan pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI