fbpx

Dr. Dzulkefly kembali terajui KKM tepat pada masanya – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (kiri), Dr. Dzulkefly

PETALING JAYA – Penglibatan semula Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam menerajui kementerian tersebut disifatkan sebagai perubahan positif selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.

Pandangan itu disuarakan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dikendalinya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, Dr. Dzulkefly hanya perlu meneruskan segala agenda reformasinya sebelum ini untuk memastikan ia berjaya dilaksanakan selain mengaplikasikan pengalaman sedia ada untuk mengendalikan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di KKM, saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad with do respect to (dengan beri penghormatan juga kepada) Dr. Zaliha Mustafa.

“Saya melihat kembalinya Dr. Zul (Dr. Dzulkefly) sebagai suatu pelantikan yang positif. Saya tengok beliau, semalam (baru-baru ini) pun terus membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Negara, tiada masalah.

“Beliau hanya teruskan apa yang pernah ditinggalkan, beliau sendiri pernah menjadi Menteri Kesihatan,” katanya.

Tambah Khairy Jamaluddin, melihat kepada peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara ketika ini, beliau berharap agar Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dapat merancang langkah terbaik untuk memastikan situasi tersebut tidak terus memburuk.

“Lebih penting saya nak bincang secara ringkas bahawa saya juga risau sebab sekarang ini ada peningkatan kes Covid-19 dan walaupun kita tak ingin kembali kepada langkah-langkah yang ekstrim seperti dahulu, tetapi saya rasa perlu ada beberapa langkah yang perlu diusahakan oleh KKM,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut menyentuh sistem kerja bekas Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan beranggapan beliau sememangnya bekerja keras untuk menggalas tanggungjawab dalam memimpin KKM.

“Saya rasa mungkin disebabkan pertama kali (Dr. Zaliha) menjadi MP (Ahli Parlimen) dihantar terus ke satu kementerian yang besar dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian nombor dua dari segi perbelanjaan, nombor satu adalah Kementerian Pendidikan.

“Bukan senang, tak kiralah pengalaman macam mana pun kalau tidak pernah ada pengalaman sebagai seorang ahli politik, penggal pertama sebagai Ahli Parlimen at that level (dalam kedudukan sepertinya) dihantar ke kementerian yang paling rumit sekali, Kementerian Kesihatan.

“Tak kiralah ada latar belakang sebagai seorang doktor perubatan, it was struggle and she was struggle (ia sangat perlukan kerja keras dan dia sangat kerja keras),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI