fbpx

Covid-19: Melaka tunggu arahan wajibkan pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahmad

MELAKA – Melaka masih menunggu arahan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung kawalan penularan Covid-19 termasuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka kepada pelajar.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini saranan pemakaian pelitup muka telah pun dikeluarkan kepada semua warga sekolah.

“Kita sedang tunggu arahan daripada KKM, namun oleh kerana penularan Covid-19 semakin meningkat, jadi kita galakkan pelajar dan jemaah pakai pelitup muka.

“Saya lihat sekarang dah ramai pakai pelitup muka kerana bimbang peningkatan kes walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) mewajibkan mereka berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Taklimat Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di Kompleks Japerun Ayer Molek di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Melaka mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 apabila sebanyak 534 kes direkodkan pada minggu Epidemiologi 48 (ME48) 2 Disember lalu berbanding minggu sebelumnya sebanyak 268 kes.

PeJumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Melaka adalah 152,975 kes, manakala kes sembuh pula sebanyak 151,299 kes.

Kira-kira 458 kes aktif sedang menerima rawatan dan satu kluster aktif dilaporkan iaitu Kluster Paya Rumput Jaya. Ia merupakan kluster pendidikan dan dijangka tamat pada 25 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI