fbpx

Lelaki ditahan buat provokasi depan balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA- Perbuatan seorang lelaki melakukan provokasi terhadap anggota polis di hadapan Balai Polis Ampang, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisoner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek berusia 39 tahun itu dikatakan menunggang motosikal sebelum berhenti di hadapan pos pengawal balai berkenaan pada pukul 8.10 malam.

“Suspek yang menganggur kemudian mendekati anggota bertugas dan membuat provokasi. Ketika kejadian lelaki itu dipercayai mabuk.

“Amaran diberikan, namun suspek bertindak agresif apabila mengeluarkan sebilah pisau lipat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota polis sempat bergelut dengan suspek dan memberkas lelaki itu. Suspek mengalami kecederaan pada dahi susulan tindakannya menghentak kepala sendiri di jalan sewaktu digari.

“Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah. Senjata tajam yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.

“Permohonan reman dibenarkan sehingga Khamis ini,” ujarnya yang memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan 1958. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI