fbpx

UCL: Real sempurnakan aksi kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL melengkapkan aksi peringkat kumpulan dengan mencatat kemenangan keenam ketika membenam Braga awal pagi semalam. - AFP

BERLIN – Pasukan Real Madrid mempamerkan aksi sempurna untuk meraih kemenangan keenam berturut-turut dalam saingan peringkat Kumpulan C kancah Liga Juara-Juara (UCL) dengan menewaskan Union Berlin 3-2 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Olimpik itu, skuad The Galacticos berjaya meraih gol hasil ledakan Joselu (dua jaringan) dan Dani Ceballos, manakala pasukan tuan rumah mendapatkan gol menerusi Kevin Volland dan Alex Kral.

Pengendali Real, Carlo Ancelotti mengakui perlawanan kali ini tidak semudah yang disangka apabila pasukan ketinggalan 0-1 pada awal permainan, tetapi situasi berbeza apabila pemain bangkit pada babak kedua.

“Saya lihat pemain berjaya menguasai saingan sepenuhnya pada 40 minit pertama, tetapi kelekaan menyaksikan pasukan lawan berjaya meraihkan gol. Namun, separuh masa kedua situasi berbeza apabila kita dapat mendominasi penuh perlawanan.

“Saya juga gembira dengan keupayaan Joselu selaku penyerang kami apabila berjaya meledak dua gol menarik menerusi tandukan yang cukup untuk membantu pasukan menamatkan aksi kumpulan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti mengesahkan tiada pemain utama yang mengalami kecederaan meskipun tonggak tengah, Federico Valverde dikeluarkan selepas rehat babak pertama.

“Perubahan taktikal yang saya lakukan adalah sesuatu yang dirancang. Buat masa ini, tiada pemain kami yang cedera dan semua berada dalam keadaan baik,” kata pengendali import dari Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI