fbpx

Bank didakwa lepas tangan, wanita rugi RM10,000 ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAW YONG menunjukkan dokumen diberikan pihak bank kepadanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Tindakan Pengguna Malaysia di Kota Laksamana, Melaka semalam. - SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Seorang suri rumah berputih mata selepas sebuah bank tempatan didakwa membenarkan pemindahan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada transaksi mencurigakan.

Pengerusi Jawatankuasa (Aduan Pengguna) Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Alston Tan Chaw Xian berkata, insiden berlaku pada 21 Ogos lalu selepas anak perempuan mangsa dihubungi individu yang kononnya berminat membeli barangan dijual secara dalam talian.

Jelasnya, barangan tersebut merupakan koleksi kad selebriti Korea yang bernilai kira-kira RM150.

“Individu itu mendakwa telah membuat pembayaran, namun meminta anak mangsa mengembalikan wang tersebut melalui e-mel dan pautan laman sesawang yang diberikannya.

“Selepas menuruti arahan itu, wang di dalam akaun bank milik mangsa berjumlah RM9,931.50 telah lesap dan perkara itu segera dimaklumkan kepada pihak bank untuk membekukan transaksi,” katanya dalam sidang akhbar di Kota Laksamana, di sini semalam.

Katanya, mangsa bagaimanapun dimaklumkan pembekuan akaun itu hanya boleh dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan susulan itu pelbagai usaha telah dilakukan untuk menghalang wang tersebut dipindahkan ke akaun asing.

“Mangsa telah buat tiga laporan polis, berjumpa dengan Pengurus bank Cawangan Cheng Perdana dan menulis surat aduan kepada Gabenor BNM.

“Pihak bank memaklumkan memerlukan 45 hari untuk menyiasat dan pada 15 November lalu mangsa dimaklumkan kesnya telah ditutup kerana terdapat bukti dia meluluskan transaksi tersebut,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Lim Saw Yong, 55, berkata, dia terkejut apabila pihak bank menyalahkan dirinya atas kesilapan yang berlaku walaupun bukti yang diberikan oleh bank penerima adalah meragukan.

“Bank itu juga memberitahu pemegang kad bank tidak membuat permintaan pemulangan wang dalam tempoh 14 hari sedangkan semua bukti menunjukkan saya telah mengambil tindakan segera.

“Saya ada memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk perbincangan tetapi permintaan saya diabaikan. Sekiranya mereka masih enggan tampil untuk berunding saya akan teruskan langkah susulan (perundangan),” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI