fbpx

Amaran hujan berterusan di Pantai Timur sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga esok.

“Ia dijangka berlaku di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta keseluruhan kawasan di Terengganu.

“Bagi Pahang, amaran sama turut dikeluarkan meliputi kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada petang ini MetMalaysia meramalkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dilanda hujan dan ribut petir.

“Cuaca buruk turut dijangka berlaku di kawasan pedalaman di Johor, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Manakala, di Sabah hujan dan ribut petir diramal berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat serta Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” jelasnya dalam hantaran sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI