fbpx

Ada tangkapan, serah kepada polis – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani.

IPOH – Kerajaan negeri Perak mengesahkan ada tangkapan dibuat oleh pihak polis berkaitan dengan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkembangan tersebut, namun menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Ada. Tapi oleh kerana ia kes polis saya tidak mahu komen apa-apa. Polis lebih tahu, di mana, berapa orang dan apa mereka buat. Itu terserah kepada polis, tidak adil untuk saya membuat kenyataan,” katanya.

SAARANI (enam dari kiri) bergambar dengan pelajar yang menerima hadiah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Angkat Cikgu Saarani dan Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera yang merupakan inisiatif di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) di sini hari ini.

Pada minggu lalu, Saarani memberitahu laporan polis ada dibuat berhubung aktiviti haram tersebut kerana hasil dalam bumi adalah milik kerajaan negeri.

Jelasnya, Perak memantau usaha mengeluar dan mengeksport NRREE lantanida secara haram di negeri itu ekoran permintaan tinggi dalam pasaran.

Sementara itu, pada majlis yang dihadiri Saarani hari ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan telah memperuntukkan 35 unit komputer riba dan 115 unit fon kepada kepada para pelajar.

Agihan itu adalah bagi 150 pelajar sebagai penggalak semangat dan motivasi untuk mereka menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI