fbpx

[VIDEO] Brek rosak punca bas hampir rempuh gerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA mekanik cedera ringan selepas dilanggar sebuah bas yang hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan di Taman Klebang Putra, Ipoh semalam.

IPOH – Dua mekanik menempuh detik mencemaskan apabila dilanggar sebuah bas yang hilang kawalan ketika sedang membeli makanan di sebuah gerai di Taman Klebang Putra di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 2.15 petang itu menyebabkan kedua-dua lelaki berusia 29 dan 27 tahun itu mengalami luka-luka ringan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian berlaku ketika bas membawa tiga pelajar itu dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai menghala ke Klebang Restu.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, bas berkenaan dipercayai mengalami kerosakan pada stereng dan cuba memberhentikan kenderaan.

“Bas itu hilang kawalan lalu melanggar penunggang dan pembonceng motosikal yang berada di bahu jalan untuk membeli makanan. Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua mangsa cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemandu bas serta semua pelajar selamat dan siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah kerana bas mengalami kerosakan pada stereng. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI