fbpx

Restoran mamak sorok 550kg minyak masak peket, gula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORENA menunjukkan bekalan gula bersubsidi yang disorokkan di bahagian tangga premis.

ALOR GAJAH – Sebuah restoran mamak di Pusat Perniagaan Jelatang di sini dikesan menyembunyikan lebih 550 kilogram (kg) minyak masak peket dan gula bersubsidi.

Tindakan itu terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Pengarah KPDN negeri, Norena Jaafar berkata, serbuan itu merupakan hasil maklumat daripada pengikut media sosial KPDN Melaka yang aktif memberikan maklum balas dan info berkenaan penyelewengan barangan kawalan.

Katanya, dalam serbuan itu sebanyak 250 peket minyak masak dan 300 peket gula bersubsidi ditemui disorokkan di dalam stor serta di bahagian tangga premis.

“Hasil maklumat daripada pengikut media sosial KPDN Melaka, kita berjaya mengesan dan merampas lebih 550kg minyak masak serta gula pasir bersubsidi yang disorokkan di sebuah restoran.

“Mana-mana kedai makan tidak dibenarkan untuk menggunakan minyak masak dan gula peket ini kerana ia telah dikhususkan bagi isi rumah, bekalan yang dirampas hari ini sepatutnya dimanfaati 133 buah keluarga,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal siasat pemilik premis juga gagal mengemukakan permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti pihak terlibat yang membekalkan minyak masak peket tersebut.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI