fbpx

Menteri Kabinet, ahli Parlimen tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di pekarangan pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Barisan Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen telah tiba di Istana Negara sejak pukul 2 petang tadi bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang dijadual berlangsung, petang ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira 2.40 petang.

Antara menteri yang turut hadir ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Anthony Loke, Datuk Armizan Mohd Ali, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, kelihatan juga beberapa ahli Parlimen yang dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Persekutuan, antaranya Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo (Menteri Digital), Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II).

Bagaimapaun, setakat pukul 4 petang ini, tinjauan Kosmo! di pekarangan pintu 2 Istana Negara, di sini, belum terdapat sebarang pergerakan keluar oleh pemimpin terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI