fbpx

Liza Hanim menangis bukan sebab tak jadi juara GV10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZA HANIM memberi pencerahan tentang tangisan usai konsert final GV10 Ahad lalu,

PETALING JAYA – Penyanyi Liza Hanim menafikan tuduhan tidak beretika segelintir pihak yang mendakwa tangisannya dalam sebuah video temu bual yang tular dalam media sosial disebabkan kegagalan membawa pulang gelaran juara All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 44, menjelaskan dakwaan itu bercanggah dengan kandungan sebenar temu bual pihak media.

“Saya berasakan amat perlu untuk membuat pencerahan memandangkan ramai salah anggap dan cakap saya menangis pada sidang media GV10 akhir kerana tak menang.

“Mohon dengar rakaman video penuh temu bual dan soalan yang menyebabkan saya sebak dan menangis,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam Instagram.

Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu turut memohon supaya pihak yang menyebar fitnah lebih beretika dalam menjalankan tugas.

“Saya mohon kepada platform berita hiburan yang tidak bertanggungjawab menyunting temu bual tersebut untuk lebih bertanggungjawab dalam soal kerja kalian.

“Jangan memberi naratif yang sememangnya salah hingga memberi gambaran negatif untuk menarik perhatian pembaca.

“Sekarang kita sudah boleh ‘move on’,” jelasnya lagi.

Terdahulu, menerusi konsert akhir GV10 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad lalu, Jaclyn Victor mengejutkan ramai pihak apabila diumumkan sebagai juara.

Liza menduduki senarai keempat dengan markah sebanyak 72.34 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI