fbpx

Kilang haram punca Sungai Linggi tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis yang beroperasi secara haram iaitu menyeludup dan menyimpan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.

SEREMBAN – Sebuah premis yang beroperasi secara haram iaitu menyeludup dan menyimpan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan telah menyita sebuah tangki minyak berkenaan.

“Saya dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah ke lokasi pembuangan minyak diesel ini. Saya difahamkan lokasi ini sebagai tempat penyeludupan dan penyimpanan minyak diesel secara haram.

“Saya difahamkan ia masih dalam proses siasatan. Suspek terlibat telah membuang minyak diesel ke dalam longkang, akhirnya mencemarkan Sungai Linggi. Akibat pencemaran ini, LRA terpaksa ditutup selama dua hari baru-baru ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kelmarin, Kosmo melaporkan beberapa kawasan di Port Dickson, Seremban dan Rembau terjejas susulan LRA Sungai Linggi terpaksa dihentikan susulan masalah air mentah berbau diesel.

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) berkata, itu kejadian kali kedua selepas 7 November lalu dan setakat pukul 10 pagi, Loji Rawatan Air Sungai Linggi masih belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau dengan bacaan dua ton.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI