PETALING JAYA – Hospital Kamal Adwan di Gaza Utara melaporkan sistem airnya menjadi sasaran musuh dan beralih kepada penggunaan air bawah tanah sebagai alternatif.
Pengarah hospital, Ahmed al-Kahlout mendedahkan di mana bekalan penting seperti elektrik, air, dan makanan di hospital juga telah kehabisan.
“Dalam keadaan genting ini, kami perlu mencari jalan untuk terus memberikan rawatan kepada pesakit kami,” katanya.
Setakat ini, pihak hospital telah merekodkan 65 mangsa yang cedera termasuk 12 kanak-kanak yang kini dirawat di unit rawatan rapi dan terdapat juga enam bayi pramatang yang memerlukan penjagaan khas.
Sementara itu, lebih 3,000 penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal akibat serangan berlarutan itu.
Keadaan semakin rumit dengan Rejim Israel yang menghalang kerja-kerja ambulans semasa menceroboh Bandar Aqaba, Utara Tubas.
Kementerian Kesihatan Gaza mengatakan serangan Israel sejak 7 Oktober telah menyebabkan jumlah mangsa meningkat secara drastik, dengan 18,205 syahid dan 49,645 orang cedera. – KOSMO! ONLINE














