fbpx

Dewan Negara: Cadangan naik taraf lesen Kelas B2 kepada B sedang dikaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan melalui agensinya Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sedang mengadakan kajian komprehensif untuk menilai cadangan menaik taraf Lesen Memandu Malaysia (LMM) motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kajian yang sedang berjalan ini melibatkan aspek-aspek keselamatan jalan raya, kompetensi dan juga kemahiran
penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Katanya, perkara itu dilaksanakan dengan mengambil kira struktur binaan kenderaan dan teknikaliti pemanduan yang berbeza berbanding motosikal berkuasa rendah.

“Perlu ditekankan di sini bahawa tahap kemahiran dan pengetahuan menunggang yang diperlukan oleh para penunggang motosikal kelas B (500 c.c. ke atas) adalah berbeza dengan kelas B2 kerana aspek berat motosikal, wheelbase, kelebaran handle bar dan posisi penunggangan di atas motosikal yang berbeza.

“Penunggang motosikal kelas B memerlukan kemahiran yang lebih tinggi bagi mengendalikan motosikal tersebut dengan selamat bagi memastikan keselamatan penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya lain terjamin,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawan soalan Mohd. Hasbie Muda yang mahu tahu rasional terhadap cadangan menaik taraf lesen secara automatik bagi pemilik lesen B2 kepada B dan adakah Kementerian khususnya JPJ telah berbincang dengan pihak industri dan pemegang taruh yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI